Ahad, 5 September 2010
PKR Ampangan Sampai Bantuan Fakir Miskin
PKR Ampangan Sampai Bantuan Fakir Miskin
AMPANGAN: Seramai 79 fakir miskin dan juga Ibu Tunggal telah menerima sumbangan daripada Y.B Rashid Latiiff (ADUN Ampangan) dalam program ziarah dan kebajikan Ramadhan 1431 Hijrah yang dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula semenjak daripada 1 Ramadhan sehingga ke hari ini.
ADUN Ampangan, Y.B Rahid Latiff pada program penyampaian sumbangan fakir miskin dan Ibu Tunggal di Ampangan, baru-baru ini berkata penyampaian sumbangan sempena Ramadhan sedang rancak dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di semua kawasan dalam Parlimen Seremban.
Tambah Y.B Rashid PKR DUN Ampangan melalui Majlis Muafaakat Rakyat(MMR) akan terus mempertingkatkan usaha mendekati rakyat melalui program ziarah kebajikan bagi memperkukuhkan hubungan kemasyarakatan disamping berusaha membantu golongan yang memerlukan bantuan pada kadar yang termampu.
“Pendekatan yang diambil oleh PKR Ampangan ialah pendekatan berat sama dipikul ringan sama dijinjing bagi memastikan terbentuknya sebuah masyarakat yang saling bekerjasama dalam apa jua keadaan. Pada hari ini kita dapat membantu lagi 13 fakir miskin di Ampangan . Insyaallah program ini berterusan secara berperingkat di beberapa tempat dalam kawasan DUN Ampangan ini ,”katanya.
Disediakan oleh : Nor Haizily Jalaludin S/U MMR DUN Ampangan.